PANAS : BETUL Kapal Terbang Boeing 777 Terhempas di Ukraine

BERITA PANAS : Dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 
PETALING JAYA: Sebuah pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia. 

Pesawat itu terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 280 penumpang dan 15 anak kapal, menurut laporan. Kredit : djkupang Blog

PANAS : Punca Kereta Gadis Masuk Parit di Kota Kinabalu SABAH

Punca Kereta Gadis Masuk Parit di Kota Kinabalu SABAH
Menurut daripada beberapa sumber dikatatakan Gadis Seksi ini pada sebelum kejadi mereka berhibur dan bersukaria.

PANAS : WANITA BERSIKAP KURANG AJAR

Susulan Kejadian Warga Tua Terlanggar Kereta Peugeot 208 milik seorang wanita di Kuantan


Lelaki warga emas yang dikatakan telah melanggar kereta Peugeot 208 milik seorang wanita di Kuantan pada Isnin lalu sehingga menyebabkan pemilik kereta tersebut mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada lelaki warga emas tersebut difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abd Aziz Salleh berkata pesara berumur 67 tahun itu memandu kereta Toyota dan secara tidak sengaja terlanggar kereta wanita yang berumur 30 tahun berkenaan di sebuah tempat letak kereta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) daerah tersebut.

“Wanita dan pesara tersebut sudah pun membuat laporan polis berkenaan kemalangan itu. Lelaki itu mendakwa wanita tersebut mencekak bajunya dan mengetuk kereta lelaki itu berkali-kali menggunakan pengunci stereng.

Walaupun telah dinasihatkan polis untuk membuat laporan polis mengenai ancaman yang dilakukan oleh wanita berkenaan, lelaki tersebut tidak mahu membuat satu lagi laporan terhadap wanita berkenaan kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut malah dia juga telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan,” kata Abd Aziz ketika dihubungi Astro AWANI.

Abd Aziz turut menjelaskan bahawa polis telah pun mengeluarkan surat saman kepada pesara tersebut kerana kemalangan kecil tersebut namun perbuatan wanita tersebut masih lagi disiasat.

Insiden kemalangan kecil yang berlaku pada tengah hari 14 Julai tersebut telah menaikkan darah wanita berkenaan menyebabkan dia mengeluarkan pengunci stereng dan cuba bersemuka dengan lelaki tersebut.

Kejadian tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sehingga video berdurasi 2.33 yang dimuat naik di laman sosial seperti Facebook, Twitter dan juga YouTube menjadi ‘viral’ dan ‘trending’.

Malah, apa yang lebih dikesalkan dalam video berkenaan wanita itu turut memaki hamun lelaki berkenaan dengan kata-kata nista seperti “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak pengunci stereng yang dipegangnya itu ke kereta milik lelaki warga emas berkenaan.

Selain itu cacian seperti “I don’t care, pay me RM2000 now!”, “you very stupid!” dan kata cacian berbaur perkauman kedengaran di penghujung video tersebut.

Sementara itu dalam satu majlis yang berlainan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut.

“Sudah tentu itu bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan undang-undang tidak boleh diletakkan di tangan sendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya telah melihat video tersebut dan wanita berkenaan ternyata menunjukkan sikapnya sebagai seorang pembuli jalan raya dan satu laporan polis akan dibuat terhadap wanita berkenaan.

“Tidak kiralah sama ada lelaki berkenaan ada membuat laporan polis atau tidak, kita akan mengambil tindakan terhadap wanita itu,” lapor Astro Awani.

Berita Panas : Kilang Roti Sunshine Diserbu Oleh Pihak Berkuasa

Kilang Roti Sunshine dikatakan Kotor dan Sijil Halal Tidak SAH

Susulan sebuah kilang roti di Perak dilaporkan beroperasi dalam keadaan jijik, siasatan telah dilakukan lalu kilang tersebut telah diarahkan tutup oleh Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk).

Jenama roti ini benar-benar telah menipu orang ramai apabila menggunakan sijil halal sebagai salah satu cara melariskan jualan. Hakikatnya ia beroperasi dalam keadaan tidak bersih dan menggunakan logo halal tanpa perakuan Jaipk.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar premis yang pasti meloyakan tekak sesiapa sahaja yang melihatnya:




Tapi kalau tengok produk yang dihasilkan kilang ini dan dijual di rak-rak kedai runcit dan pasaraya, nampak macam comel dan gebu saja..

Nampaknya, kilang ini bakal mengikut jejak langkah Bihun Cap Masjid.

Semoga lebih banyak kes seperti akan dibongkar agar pengguna tidak lagi tertipu dek peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata hingga mengabaikan aspek kebersihan.

Pada masa sama semoga ia menjadi pengajaran kepada peniaga yang sewenang-wenangnya mempermainkan sijil halal. 

Sumber : KLIK SINI

Berita Panas : Duit RM 30,000 Dicuri ketika Menunaikan Solat Tarawih

SEGAMAT - Seorang suri rumah yang tinggal di Jalan Muar, dekat sini, kerugian kira-kira RM30,000 apabila beg tangan yang dibawanya ke masjid untuk menunaikan solat tarawih dicuri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam kelmarin, suri rumah berkenaan yang hanya ingin dikenali Idah, 50an, berkata, sepanjang Ramadan ini, dia dan suaminya sering solat berjemaah dan bertarawih di sebuah masjid di Jalan Muar, di sini.

“Saya sedar beg tangan saya tidak ada selepas selesai menunaikan solat tarawih kira-kira pukul 10.15 malam dan ketika itu ramai juga jemaah wanita yang datang. Beg tersebut saya letakkan di hadapan saf wanita.

“Di dalam beg tersebut ada barang kemas dan wang tunai milik saya dan saya risau meninggalkan barangan tersebut di rumah kerana hanya tinggal saya dan suami berdua sahaja di rumah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, dia merasakan lebih selamat membawa semua barang kemas dan wang tunai tersebut ke masjid dan tidak menyangka ada individu yang tergamak mencuri di dalam rumah ALLAH ketika jemaah lain sedang beribadah.

Akibat kejadian tersebut, dia kehilangan barangan kemas seperti gelang tangan, rantai leher, loket emas, kunci rumah, dokumen-dokumen penting seperti identiti pengenalan diri dan kad bank.

“Jumlah kerugian tersebut saya anggarkan sebanyak RM30,000. Ketika kejadian juga, saya bersolat di saf paling hadapan dan berhampiran pintu ke tempat mengambil air sembahyang dan menjadi kebiasaan jemaah wanita di sini untuk meletakkan beg mereka di hadapan sejadah masing-masing.

“Pada rakaat ke-17 solat tarawih, saya seperti terperasan kelibat manusia melintas di hadapan saya ketika sedang sujud namun tidak menganggap ia sesuatu yang mencurigakan sehinggalah saya menyedari kehilangan beg saya,” katanya.

Bimbang kejadian serupa menimpa jemaah lain, Idah kemudiannya membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan reda atas kehilangan beg tangannya itu pada bulan yang mulia ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan juga sedang dijalankan. - SINAR HARIAN

Berita Panas : Wanita Pakai Tudung Tapi Nampak Bra

Apa yang dikesalkan, wanita ini kelihatan memimpin sebelah tangan anak kecil manakala sebelah lagi tangan anak tersebut dipimpin orang lain.

Isk, kalau pun dia tak perasan bajunya tu jarang sampai menampakkan coli dan seluar dalam takkanlah manusia seorang lagi yang menemaninya tu tak perasan dan terfikir nak nasihatkan dia kan?

Kepada kaum hawa di luar sana kami ingin nasihatkan anda semua supaya kasihanilah kaum lelaki yang turut berada di bazar Ramadan saban petang.

Kadang-kadang waktu berbuka dah hampir sangat tapi pahala puasa mereka tinggal ‘cukup-cukup makan aje’ disebabkan pakaian wanita seperti gambar di atas.

Pemegang Rekod Gol Sepanjang Zaman Piala Dunia

MIROSLAV Klose Pecahkan Rekod Ronaldo Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

Jaringan Miroslav Klose minit ke-23' membolehkan beliau disenarai penjaring terbanyak selepas mengumpul 16 GOL sepanjang penyertaannya dalam kempen Piala Dunia, meranapkan rekod dipegang bekas bintang Brazil, Ronaldo dengan 15 GOL sejak beberapa tahun lalu.

Lebih Menarik lagi gol tersebut dicipta ketika Pasukan Negaranya Jerman menentang Brazil, negara yang diwakili Ronaldo (pemegang rekod sebelum ini). 

Pemain berumur 36 tahun itu membuat penampilan sulungnya pada 2002 di Korea Selatan dan Jepun, dengan mencetak lima gol.

Klose kemudian menambah lima gol lagi dalam edisi Piala Dunia 2006 yang dianjurkan oleh negara kebangsaannya lalu meraih but emas dalam temasya tersebut.

Penyerang Lazio itu terus membuktikan sentuhan berbisanya apabila mengumpul empat gol di Afrika Selatan pada 2010, di mana pasukan Jerman terkandas di peringkat separuh akhir selepas ditumpaskan oleh Sepanyol.

Pencapaian Klose ini bermakna pemain Jerman kembali mengungguli carta jaringan Piala Dunia selepas Gerd Muller memegang rekod tersebut dari tahun 1974 hingga 2006 menerusi ledakan 14 gol.

Ketika ini perlawanan Peringkat Separuh Akhir TAMAT dengan Jerman mengatasi Brazil 7-1 hasil jaringan Thomas Mรผller (minit 11), Miroslav Klose (Minit 23), Toni Kroos (Minit 24,26) Sami Khedira (Minit 29), Andrรฉ Schรผrrle (69, 79). Sementara gol saguhati Brazil dijaringkan pada minit ke-90 oleh Oscar.

SUMBER : Blog DJ Kupang

Selebriti Panas : Kisah Kecurangan Sham Kamikaze Dikongsi Isteri

NAMPAKNYA, selepas satu, satu lagi kontroversi melanda bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh atau Sham.

Baru-baru ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memutuskan pernikahannya dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh adalah tidak sah dan terbatal.

Ia berikutan pernikahan tersebut dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah dan proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

Belum pun reda kepanasan berikutan kontroversi itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh bekas isterinya, Farazila menerusi sisipan BiPoP, semalam.

Ia berkisar mengenai bukti kecurangan Sham sewaktu masih bergelar suami Farazila yang disimpan dalam lima ‘hard disk’ atau cakera keras.

Di sini kami sertakan penjelasan yang agak panjang darinya:

“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.

Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.

“Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.

“Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.

“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!

“Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.”

April lalu, Farazila juga pernah membuat pendedahan mengenai sikap Sham yang dikatakan hipokrit walaupun sudah berhijrah. -MynewsHub

Berita Panas : Jersi Baharu Manchester 2014/2015 Lambang Salib ??

Berita Panas : Jersi Baharu Manchester 2014/2015 menyerupai Lambang Salib ??

MANCHESTER United buat pertama kalinya memperkenalkan jersi baharu pasukan itu bagi musim 2014/2015.

Jersi rekaan baharu itu turut memaparkan logo Chevrolet sebagai penaja.



Syarikat pembuat kereta Amerika Syarikat (AS) itu merupakan nama besar baharu yang menghiasi jersi pasukan Liga Perdana Inggeris tersebut selepas Sharp, Vodafone, AIG dan Aon.

Ia boleh didapati untuk pra tempahan di United Direct dan Nike.com sebelum memasuki pasaran seluruh negara pada 16 Julai ini.
Jersi tersebut akan digunakan Red Devils ketika bertemu LA Galaxy pada siri Jelajah 2014.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Manchester United, jersi tersebut merangkumi identiti asli kelab tersebut dengan mendapat sentuhan baharu di bahagian kolar dan lengan yang bergaris hitam dan merah.


Cuba anda Perhatikan Betul-betul logo Chevrolet???

CERITA PANAS : KECOH DAVID OROK HINA ISLAM

CERITA PANAS : KECOH DAVID OROK HINA ISLAM



PENGUMUMAN KHAS.

Kepada Ahli Keluarga, Saudara mara dan Rakan-rakan sekelian, sila maklum bahawa Khabar angin yang disebarkan oleh pihak2 tidak bertanggungjawab mengatakan rumah saya telah diserbu Polis dan kononya saya sudah ditangkap Polis dan kini ditahan dilokap Polis adalah tidak benar dan merupakan suatu pembohongan.

Perkara sebanarnya adalah pada malam 05/07/2014, saya telah dihubungi oleh Pegawai Kanan PDRM di IPD Karamunsing, Kota Kinabalu untuk bertemu dengan beliau bagi memberikan Kenyataan tentang semua laporan Polis yg dibuat terhadap saya di seluruh Malaysia terutama yang dibuat di Sabah.

Pada jam 11:30 pagi tadi hari ini 06/07/2014, saya telah bertemu dgn pegawai berkenaan dan proses merekodkan kenyataan tersebut selasai pada jam 14:00 petang. Saya telah memaklumkan bagaimana bermulanya perbincangan dalam FB tersebut sehingga saya menjawap soalan yg dikemukakan pada saya sebelum itu dengan memberikan contoh berdasarkan bahasa pasar yang kebiasaannya selalu digunakan oleh para penduduk di Sabah secara sepotan tanpa ada fikiran jahat untuk menghina islam atau nabinya.

Pihak2 yg tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan memetik salah satu dari komen saya itu lalu memuat naikkannya semula serta menyebarkan petikan komen saya itu di FB. Pelbagai pihak di FB telah berkongsi petikan perbualan saya itu dan membuat komen baru berdasarkan andaian mereka masing2 tanpa menyelidiki pokok pangkal bagaimana petikan perbualan saya itu timbul. Ditahap ini keadaan sudah tidk terkawal kerana masing2 ingin berkongsi petikan tersebut dan mengulasnya berdasarkan fikiran masing2 serta menyemarakkan lagi kemarahan sesiapa saja yg membacanya. Hasil dari pertemuan saya dengan Pagawai kanan PDRM siang tadi itu membayangkan bahawa kes ini sudah hampir kepada penyelasaian sepenuhnya jika tiada lagi pihak2 yg mempolitikkan keadaan ini.

Sebagai bangsa Sabahan yg bertanggungjawab, cintakan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum dan agama di Sabah. Kita sepatutnya berusaha untuk memperbetulkan keadaan dengan berusaha meredakan keadaan dan bukan menjadikanya semakin tegang melalui komen2 yg semakin membangkitkan kebencian diantara pihak Islam dengan yang bukan islam. Nilai keamanan untuk rakyat sabah kecapi selama ini adalah terlalu tinggi untuk dinilai. Jangan sampai ada pihak2 tertentu yang sengaja mengambil kesempatan dari kesilapan kecil ini menjadikannya modal politik mereka mengwujudkan suasana darurat di Sabah agar mereka boleh terus bermaharajalela dan berkuasa.

Sekian dan salam sejahtera serta muhiba dari saya.

Yang ikhlas,

DAVID OROK
06/07/2014 (23:39).

Berita PANAS : Tak Dapat Sogok Polis tulis 'PUK*MAK'

Georgetown: Berang kerana cubaannya merasuah anggota polis tidak dilayan, seorang lelaki bertindak biadab apabila menurunkan tandatangan dengan menulis perkataan lucah pada surat saman dikeluarkan terhadapnya atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kelmarin.

Anggota polis berkenaan yang bertugas untuk meronda telah menahan kereta berkenaan atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat menyala merah di hadapan Hotel Holiday Inn.

Kereta Chevrolet itu telah ditahan di hadapan cafe I Love U dan anggota berkenaan meminta kad pengenalan serta lesen memandu pemandu terbabit.

Pemandu tersebut kemudian memberikan alasan bahawa dia telah lewat untuk menghantar anak ke sekolah dan mengatakan akan memberi duit kopi.

Ambil duit kopi sudah lah,” katanya.

Biarpun cuba disogok, anggota tersebut enggan menerima rasuah dan terus menulis buku saman.

Ketika buku saman ditulis, pemandu itu terus membebel dan memaki anggota polis trafik berkenaan.

Oh you orang tidak mahu kasi saya peluang you tunggulah tengok nanti saya buat apa. Ok lah u tulis cepat sikit I ada hal penting,” katanya.

Apabila selesa, anggota trafik meminta tandatangan pemandu berkenaan di atas surat saman dan pemandu beredar dalam keadaan marah.

saman


Pemandu tidak bertanggungjawab dan berotak itu sebaliknya menulis perkataan lucah tersebut di ruang tandatangan menyebabkan anggota trafik berkenaan membuat laporan polis berkenaan kejadian itu.
Semuanyapanas

Bagaimana sebenarnya pemandu mahu pihak polis bertugas, adakah dengan penuh integriti, sentiasa memberi peluang dengan melepaskan pesalah trafik atau menerima wang rasuah?

Komen Amanda Misbun Kes Awie Pukul Isteri


Pelakon Amanda Misbun merupakan adik kepada Rozana Misbun iaitu isteri kepada penyanyi Wings, Awie.Kini kecoh di laman sosial gambar seorang wanita dikatakan kakaknya cedera akbiat dipukul Awie. 

Ini kata dari Amanda Misbun:

“Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.

 “Saya harap semua orang boleh tunggu, sebab ada orang yang boleh menjelaskan keadaan sebenar," “Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi.

Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok, "Setelah sembilan tahun mereka berkahwinkenapa baru timbul kisah- kisah begini.Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja,"

Amanda Misbun berharap semua peminat mendoakan keselematan dan kebahagiaan keluarga Awie dan kakaknya.Amanda tidak mahu mengesahkan gambar tersebut dan memberitahu kakaknya bahagia dengan Awie.

Amanda juga berkata ada pihak akan menjelaskan keadaan sebenar tidak lama lagi.

IDEA PANAS : Siapa Nak Jadi Cina BUTA? Wanita 2 bulan mengandung

Ada ke orang nak offer kan diri ??

Cerita Panas : Luahan Anak Penjual Kuih 'Puki'

Tentu ramai yang gelihati dengan penyebaran satu gambar gerai Bazar Ramadhan dari Muar Johor yang menunjukkan nama juadah yang agak pelik dan lucah. Namun gambar tersebut ternyata palsu dan telah diedit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berikutan dengan penyebaran nama kuih tersebut, anak kepada peniaga kuih 'puki' tampil memberi penjelasan.

Salam sorry, saya di sini mewakili family saya, saya nak bagi tahu nama kuih tu PUKIS. Jangan lah sesuka hati edit nama tu jadi puki.

Saya dapat tahu dah banyak dah picture tu orang sebarkan. Parents saya sedih ada gak orang buat macam tu. Lagi-lagi ada picture parents saya. Kamu patut sokong produk makanan bangsa kamu sendiri bukan nak menjatuhkan.

Sesiapa yang tidak pernah rasa tu beli la di Bazar Ramadhan Sg Abong. Beli dan rasa. Apa perasaan kamu beli orang buat macam itu pada family kamu... marah tak? Sedih tak?

Kuih tu dah banyak kat KL, kat Muar yang frist time ada. Mana ada anak yang sanggup tengok orang sesuka hati buat macam itu pada perniagaan parents dia. Korang nak ambil picture untuk promosi tak apa lah, jangan la sampai nak edit sampai buat semua orang keliru. Pandai-pandai la jawab di akhirat nanti...
P/S : Janganlah nayakan org weii !!

Berita Panas : PONDO, Pulau Gaya Terbakar ???

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 20 rumah atas air Kampung Pondo di Pulau Gaya di perairan ini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Asap tebal kelihatan dari tanah besar selain beberapa letupan dipercayai daripada tong gas turut kedengaran. 

Bomba menerima penggilan berhubung kejadian itu jam 12.49 tengah hari dan setakat ini tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. 

Pulau Gaya mempunyai beberapa perkampungan atas air dan mengambil kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti berhampiran pasar Kota Kinabalu.



Berita Panas : Dokumen Dedah Tuduhan digugurkan Serangan seksual di New Zealand

New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini.

Dokumen itu juga menunjukkan bahawa Malaysia juga meminta pertuduhan terhadap Muhammad Rizalman Ismail – memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol – digugurkan.

Antara dokumen dikeluarkan, surat Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) New Zealand.

Menurut surat bertarikh 21 Mei itu, Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia memohon bantuan Kementerian Luar dan Perdagangan (MFAT) dan polis New Zealand untuk menutup kes dan menarik balik kesemua pertuduhan.

Surat itu sebagai balasan kepada sepucuk lagi surat MFAT, bertarikh 10 Mei yang menuntut supaya kekebalan diplomatik Rizalman dilucutkan bagi membolehkan tindakan di mahkamah di New Zealand dilakukan.

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekebalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin.

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.

Dokumen itu didedahkan hari ini, atas permintaan Fairfax Media, di bawah undang-undang kebebasan maklumat New Zealand.

INFO PANAS : Punca Sebenar Kebakaran di Kunak, Sabah

KUNAK: Satu kebakaran yang telah memusnahkan tempat persembunyian pengganas Sulu di pantai timur bandar ini kelmarin dipercayai berpunca daripada litar pintas di salah sebuah rumah kayu.

Api yang marak pada pukul 1:30 pagi di Kg Pangkalan menyebabkan kira-kira 500 orang dari 89 keluarga tempatan kehilangan tempat tinggal.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan selepas api berjaya dikawal pada kira-kira pukul 05:20 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8 pagi,” menurut jurucakap Pejabat Daerah Kunak.

Pusat operasi keselamatan besar-besaran minggu lalu

Bomba dan Penyelamat Kunak dibantu oleh rakan-rakan mereka dari Tawau dan juga kakitangan pertahanan awam dan ahli-ahli Rela.

Pejabat Daerah Kunak telah menyediakan bantuan segera kepada mangsa-mangsa.

Dilaporkan sebelum ini bahawa lebih daripada 1,500 orang telah kehilangan tempat tinggal selepas kebakaran itu memusnahkan 150 rumah kayu di kampung itu yang merupakan pusat operasi keselamatan besar-besaran minggu lalu untuk menahan enam orang yang disyaki pengganas Sulu.

---->>> Menurut seorang yang hanya mahu dikenali Oto ada kemungkinan ini perbuatan khianat dan balas dendam. Hrap PIHAK BERKUASA akan menyiasat perkara ini.

Djkupang Anak Sabah